Novel #4 # Dahlia

mari membaca...


novel nih keluaran Utusan Publications

Dahlia...
mengisahkan pergolakan jiwa remaja bernama Dahlia..
Dahlia yang meniti usia remaja dan bakal menduduki PMR tertekan apabila sering lihat kedua ibu bapanya bergaduh. Lantaran itu, Dahlia telah terjebak untuk berkawan dengan pelajar bermasalah iaitu Syahirah, Asri dan Maulana dan sanggup ketepikan kawan baiknya sendiri iaitu Sarina.

Pada suatu hari Dahlia telah mengikut Syahirah berjalan di bandar. Tanpa disangka mereka bertiga telah merancang untuk mencuri baju di pasaraya.
malang nasib Dahlia, apabila mereka ditangkap oleh pengawal keselamatan pasaraya tersebut.

Insiden tersebut sampai ke pengetahuan ibubapa Dahlia.
Oleh kerana Dahlia baru melakukan kesalahan pertama kali, dia telah dilepaskan dengan ikatjamin.
kedua ibu bapa Dahlia nekad menghantar Dahlia bersekolah di kampung dan duduk bersama neneknya.

Adakah Dahlia berjaya di dalam PMR nyer?

1 comment:

  1. wah .. sinopsis dah best ! isi dalam tuu .. lagi best kot ... :))

    ReplyDelete